rss

Jumaat, 13 Ogos 2010

Cubaan 3 warga Iran seludup dadah RM2.6j tumpas

SHAH ALAM: Polis Selangor mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 10.5 kilogram (kg) bernilai RM2.6 juta oleh tiga warga Iran termasuk seorang wanita ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Selasa lalu.

Suspek ditahan anggota polis Bahagian Narkotik di KLIA selepas dilihat berkelakuan mencurigakan di kaunter tuntutan bagasi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata mereka ditahan pada jam 10.40 malam ketika polis membuat pemantauan terhadap penumpang yang tiba dengan penerbangan dari Doha, Qatar.

Blake mahu tarik diri

BINTANG utama Gossip Girl, aktres jelita Blake Lively dilaporkan telah merayu supaya penerbit siri popular TV itu mematikan watak lakonannya dalam siri tersebut. Blake yang bercinta dengan teman gandingannya dalam siri itu, aktor Penn Badgley enggan lagi melakonkan karakter Serena van der Woodsen atas alasan sudah keletihan menjalani penggambaran siri tersebut.
Satu sumber memberitahu majalah Heat: "Blake sudah letih berlakon Gossip Girl. Ketika mula-mula berlakon siri itu dia sangat teruja dan seronok, namun selepas masuk musim keempat, Blake mulai berasa bosan dengan karakternya itu.

Remaja lari dikesan di Afrika

KUALA LUMPUR: Selepas 72 jam dilaporkan hilang, seorang gadis remaja berusia 19 tahun dikesan berada di Cape Town, Afrika Selatan kerana mengikut seorang lelaki warga asing dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang beroperasi di ibu negara.

Mangsa, Nur Dhiya Ain Rosman dari Jalan Tun Sambanthan 4, Brickfields yang sedang mencari pekerjaan dikatakan mula mengenali lelaki itu sejak pertengahan bulan lalu selepas diperkenalkan oleh seorang rakannya.
Ibu mangsa, Roslah Abdul Jani, 43, berkata anak perempuannya itu tidak pernah menimbulkan masalah, malah sering menghabiskan masa di rumah membantu menjaga adiknya.
Kelakuannya sedikit berubah selepas mengenali lelaki itu. Dia tidak lagi mendengar kata dan lebih suka menghabiskan masa di luar. Dhiya pernah menyatakan hasratnya mahu melancong ke luar negara tetapi saya melarang kerana bimbang sesuatu buruk berlaku ke atasnya, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau sebelum itu menemui Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh, di pejabatnya di sini bagi meminta bantuan mengesan dan menyelamatkan anak perempuannya itu.

Kali terakhir beliau mendengar suara anak gadisnya itu melalui panggilan telefon pada awal pagi hari kehilangannya.

Dhiya menghubungi saya kira-kira jam 12.10 pagi, ketika saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Melaka. Dalam panggilan telefonnya itu, Dhiya memberitahu sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bersama kenalannya, seorang lelaki warga Afrika, katanya.

source: Berita Harian

Khamis, 12 Ogos 2010

Penemuan labi-labi besar

SRI AMAN: Penduduk di sini digemparkan dengan penemuan seekor labi-labi besar di sebuah parit besar bersebelahan dengan Rumah Kerajaan Persekutuan Sri Aman yang juga bertentangan dengan stesen minyak Shell Jalan Sabu pagi semalam.
Sumber memberitahu Utusan Borneo bahawa labi-labi besar yang berukuran lebih kurang 60cm lebar dan 60cm panjang itu dipercayai telah memakan umpan mata kail yang dipasang oleh salah seorang penduduk tempatan di parit besar berkenaan dua hari lepas.
Kata sumber itu lagi, pemilik kail berkenaan tidak menyangka kail yang dipasangnya itu telah dimakan oleh seekor labi-labi yang cukup besar.
“Beliau turut meminta bantuan daripada beberapa penduduk yang lalu-lalang di kawasan berkenaan mengangkat labi-labi itu ke tebing jalan raya dan pada masa itu labi-labi berkenaan masih hidup,” ujarnya.
Dalam pada itu, kejadian berkenaan telah menarik perhatian penduduk yang melalui jalan di kawasan berkenaan yang kebanyakannya berhenti seketika menyaksikan labilabi raksasa itu.

source: Borneo post online

Lady Gaga diraba peminat

CHICAGO, Amerika Syarikat - Tubuh penyanyi terkenal, Lady Gaga diraba selepas dia melompat dari pentas ke arah sejumlah peminat pada satu konsert sempena Festival Lollapalooza di sini pada minggu lalu.
Semasa kejadian, Lady Gaga memakai pakaian separuh bogel yang hampir menampakkan keseluruhan payu dara selain berseluar jarang.
Peminat-peminatnya mengambil kesempatan dengan memegang tubuh penyanyi itu sebelum dia ditarik kembali ke atas pentas oleh beberapa pengawal keselamatan.
Insiden penyanyi tersebut yang popular dengan lagu seperti Poker Face itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

source: kosmo online

Budak perempuan 3 tahun dijangkiti sifilis

GLASGOW – Seorang budak perempuan berusia tiga tahun mengejutkan doktor apabila dia didapati menghidap penyakit kelamin berbahaya, sifilis, selepas ibu bapanya menyedari ada kudis pada tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyakit yang hanya boleh dijangkiti menerusi hubungan seksual itu membingungkan doktor dan satu siasatan segera dibuat bagi mengetahui puncanya.
Seorang doktor, Carol Cooper menyatakan seseorang individu mungkin tidak menyedari dia menghidap sifilis.
Jika tidak dirawat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun, ia boleh mengakibatkan lumpuh, nyanyuk dan mati.
“Ia mudah dirawat menggunakan antibiotik. Namun pada hakikatnya bahawa seorang kanak-kanak menghidapnya sukar diterima,” kata Cooper. – Agensi

source: kosmo online