SRI AMAN: Penduduk di sini digemparkan dengan penemuan seekor labi-labi besar di sebuah parit besar bersebelahan dengan Rumah Kerajaan Persekutuan Sri Aman yang juga bertentangan dengan stesen minyak Shell Jalan Sabu pagi semalam.
Sumber memberitahu Utusan Borneo bahawa labi-labi besar yang berukuran lebih kurang 60cm lebar dan 60cm panjang itu dipercayai telah memakan umpan mata kail yang dipasang oleh salah seorang penduduk tempatan di parit besar berkenaan dua hari lepas.
Kata sumber itu lagi, pemilik kail berkenaan tidak menyangka kail yang dipasangnya itu telah dimakan oleh seekor labi-labi yang cukup besar.
“Beliau turut meminta bantuan daripada beberapa penduduk yang lalu-lalang di kawasan berkenaan mengangkat labi-labi itu ke tebing jalan raya dan pada masa itu labi-labi berkenaan masih hidup,” ujarnya.
Dalam pada itu, kejadian berkenaan telah menarik perhatian penduduk yang melalui jalan di kawasan berkenaan yang kebanyakannya berhenti seketika menyaksikan labilabi raksasa itu.
source: Borneo post online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan